Come With Hope, Back With Success."

Wednesday, March 23, 2011

KPS : Memerhati

Salam untuk semua pengunjung.

Kemahiran Memerhati 
Memerhati merupakan kemahiran proses yang paling asas dan mudah. Definisi yang lebih lengkap, memerhati merupakan proses mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena dengan menggunakan semua atau sebahagian daripada deria, alat atau instrumen yang boleh digunakan untuk membantu deria.

Kepentingan Kemahiran Memerhati
1-Menimbulkan rasa ingin tahu
2-Merangsang pemikiran
3-Membolehkan tafsiran dibuat tentang persekitaran
4-Membawa kepada penyiasatan selanjutnya



Jenis Kemahiran Memerhati
1-Pemerhatian Kuantitatif
Hanya deria digunakan untuk mengumpulkan maklumat

2-Pemerhatian Kualitatif
Maklumat lebih tepat diperolehi secara perbandingan menggunakan alat atau instrumen.

3-Pemerhatian Perubahan
Fenomena yang mengalami perubahan kimia dan fizikal diperhati secara kualitatif atau kuantitatif

Pemerhatian dapat mengaitkan pengetahuan 
sedia ada dan aplikasi dunia sebenar


LATIHAN
Nyatakan jenis pemerhatian di bawah
1-Rasa manis
2-Tiada bau
3-Panjang meja 2 cm
4-Tinggi kerusi
5-Bentuk kiub dan warna putih

Jawapan.
1-Kualitatif
2-Kualitatif
3-Kuantitatif
4-Kuantitatif
5-Kualitatif 

Jumpa lagi
Cikgu Nordin