Come With Hope, Back With Success."

Thursday, March 17, 2011

Jenis Nota

Salam untuk semua pengunjung celiksains.blogspot.com/

Pada post kali ini, Abang akan menyambung perbincangan post yang lepas iaitu berkaitan pengambilan nota. Seperti yang diketahui sebelum ini, tujuan penulisan nota adalah sebagai  bantuan kepada tuannya. Jika nota yang ditulis kurang atau tidak membantu, maka nota berkenaan dianggap tidak berkesan.


Adakah anda rasa jemu menulis nota. Jika penulisan nota tidak memenuhi tujuannya, maka anda akan cepat "frust" dengan kerja dan minat terhadap mata pelajaran berkaitan akan mula menurun. Perlu diingat, buatlah sesuatu yang memang berbaloi untuk anda.

Berikut adalah contoh-contoh gaya penulisan nota yang biasa digunakan oleh pelajar :

1-Penulisan "Jenis Lateral" atau "Sejajar"
Penulisan jenis ini seolah-olah menyalin bulat-bulat. Gaya penulisannya lebih mirip kepada buku teks. Tentunya ia mem"boring"kan anda membacanya.



2-Penulisan jenis "lateral pelbagai"
Gaya penulisan ini menggabungkan penilisan jenis "lateral" dengan penegasan kepada bahagian tertentu seperti tajuk dan isi penting. Penulisannya lebih kemas dan tersusun. Walau bagaimanapun, gaya penulisan ini masih terikat seperti penulisan buku teks.




3-Gaya penulisan "Tidak pelbagai"
Nota jenis ini menggabungkan teknik secara lateral dan bukan lateral. Gaya jenis ini lebih kepada penegasan atau ulasan semula yang ditulis secara "bukan lateral"


4-Penulisan gaya "bebas"
Stail penulisan ini adalah tidak terikat dengan gaya buku teks. Penulis cuba melahirkan kreativiti menulis maklumat dengan gaya yang tersendiri. Nota jenis ini adalah bersifat "monopoli" yang bermaksud pecipta nota lebih memahami nota yang ditulisnya. Orang lain agak sukar untuk mendapatkan maklumat di dalam nota sebegini.


Kesimpulan :
Nota yang ditulis mesti mempunyai ciri-ciri kemudahan mendapatkan maklumat. Semakin cepat kita memperolehi maklumat dari nota berkenaan semakin berkesanlah nota yang kita cipta.

Semoga berjumpa lagi dalam post berikutnya.
Salam daripada Cikgu Nordin