Come With Hope, Back With Success."

Monday, July 31, 2017

Fenomena Nur Madihah


Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal merupakan seorang anak nelayan dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kelantan. Mendapat keputusan terbaik SPM 2008, 20A dengan Pencapaian (19A1 dan 1A2)

Bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik Islam dan sangat meminati mata pelajaran berkenaan. Sebenarnya apa yang diperolehi oleh adik Nur Madhah adalah satu anugerah daripada Nya berkat kesabaran, kepayaan serta usaha gigih beliau selama ini.

Walaupun hadir dari keluarga susah, Nur Madihah mengharungi alam persekolahannya dengan cukup tabah dalam mengejar impiannya. Beliau rajin melakukan puasa sunat serta ibadah-ibadah sunat yang lain. Masa luangnya pula banyak dihabiskan di perpustakaan .

Kerana kemiskinan, beliau tidak mengikuti mana-mana kelas tambahan dan beliau juga tidak mempunyai jadual belajar yang khusus. “Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa.” Itulah rahsia kejayaan beliau.


Beliau selalu duduk di hadapan sekali ketika cikgunya mengajar dan akan bertanya sehingga ia benar-benar memahami sesuatu tajuk atau topik. Beliau juga sangat sayang dan mengambil berat terhadap guru-guru. Sebaik sehaja keputusan diumumkan, beliau menelefon semua guru-gurunya untuk mengucapkan terima kasih termasuk guru sainsnya ketika di sekolah rendah dahulu.

Kadang-kadang beliau datang ke bilik guru, hanya semata-mata untuk bertanyakan tentang khabar dan keadaan gurunya. Madihah selalu berpegang kepada nasihat gurunya, "keberkatan ilmu akan hilang jika kita tidak menghormati guru". Rahsia kemiskinan dan kesusahannya disimpan dengan kemas walaupun sesama rakan rapatnya. Gurunya hanya mengetahui keadaan sebenar beliau apabila lawatan diadakan bagi meninjau keadaan keluarganya.

Abang One, menganggap Adik Nur Madihah adalah seorang ikon yang boleh dicontohi pelajar masa kini. Mungkin adakah seorang lagi ikon yang mampu mengatasi pencapaian Nur Madihah, bukan sahaja dari segi akedemiknya tetapi dari segi kesahsiahannya?

Jika ditinjau pada masa kini, ramai pelajar-pelajar kita semakin hanyut tanpa tujuan yang khusus. Hadir sekolah kerana terpaksa dengan sasaran yang tidak jelas. Begitu mudah mengatakan MAHU BERJAYA, tetapi langkah ke arahnya tidak sekuat mana. Walaupun negara kita melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang saban tahun, jumlah yang tersungkur juga tidak kurang hebatnya. Jika dilihat statistik keputusan Cemerlang, Sederhana, Lulus dan Gagal, di manakah kedudukan kita pada masa akan datang. 

Mungkin juga lonjakan yang dibuat oleh Adik Nik Nur Madihah perlu dilihat dari pelbagai sudut dan arah. Adakah pelajar kita tidak mampu menjadi sepertinya ataupun lebih cemerlang lagi? Jika jawapannya Ya, di mana silapnya? Apa kekuatan dan kelemahan yang diperolehi dari Fenomena Nur Madihah? 

Apakah dengan mudahnya kita menyatakan TIDAK MUNGKIN di zaman kecanggihan teknologi dan kemajuan pendidikan yang dilihat sangat memuncak ketika ini? Sedangkan Nur Madihah lebih banyak mentelaah pelajarannya menggunakan cara tradisional berbanding teknolgi canggih. 

Setiap individu yang berkait rapat dengan pendidikan perlu melakukan sesuatu bagi menghuraikan petunjuk Fenomena Nik Nur Madihah ini. Jangan lagi ada di antara kita yang bersorak berhari-hari dan berbulan-bulan jika ada seorang lagi Nur Madihah yang lahir dalam sistem kita tetapi berusahalah untuk melahirkan lebih ramai watak Nur Mahihah pada tahun berikutnya. Kejayaan ini adalah petunjuk bahawa sistem pendidikan kita mampu melahirkan individu terbaik yang menepati Falsafah Pendidikan Negara yang selari dengan Rukunegara. 

Sebagai pelajar, anda mesti berperanan sebagai pelajar dan menjalankan tugas serta tanggungjawab anda sebagai pelajar. Tanpa matlamat yang jelas anda mungkin kecundang.

Ringkasan tentang Adik Nik Nur Madhihah 
Nama : Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal
Umur : 18 tahun
Asal : Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kelantan
Anak : Pertama dari 4 beradik
Nama Bapa : Nik Mohd Kamal Husin
Umur Bapa : 41
Pekerjaan Bapa : Nelayan
Nama Ibu : Mariani Omar
Umur Ibu : 42
Pekerjaan Ibu : Pencuci di Universiti Malaysia Kelantan
Anugerah : Pelajar Terbaik SPM 2008 Malaysia
Sekolah : Ma'ahad Muhammadi Perempuan Kelantan
Pencapaian SPM 2008 : 20A (19 A1 dan 1 A2)
Pencapaian PMR 2006 : 9A
Pencapaian UPSR         : 5A
Idola : Siti Nur Fatimah Mukhtar (senior Ma'ahad Muhammadi (P) Kelantan / Pelajar Terbaik SPM 2006)
Cita - Cita : Ahli Fizik Islam


Bagi pelawat yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan Adik Nik Nur Madihah boleh mendapatkan Buku Catatan Hati Nik Nur Madihah di kedai-kedai buku berhampiran. Semoga anda mendapat manfaat berguna dalam mencari halatuju sebagai seorang pelajar yang soleh dan solehah.

Ulasan oleh : Cikgu Nordin