Come With Hope, Back With Success."

Wednesday, November 16, 2011

Contoh Soalan Struktur

Menjawab Dengan Santai

1. Tekanan dan luas permukaan berbeza //Luas permukaan bersentuhan mempengaruhi jumlah daya
Kesimpulan : Semakin luas permukaan objek, semakin dalam lekukan pada plastisin
Inferens : Lekukan dalam kerana tekanan tinggi // sebaliknya





2-Tekanan dan jisim objek 
Kesimpulan : Semakin berat jisim objek, semakin dalam lekukan pada plastisin
Inferens : Lekukan dalam  kerana tekanan/daya tinggi // sebaliknya






3. Bandul dan panjang tali
Kesimpulan : Semakin panjang tali bandul, semakin lama masa bandul berhenti





4-Akar pokok kekacang (kitar nitrogen)  
A-Nama mikroorganisma pada akar-Bakteria pengikat nitrogen
B-Fungsi mikrob berkenaan-Menukar gas nitrogen kepada nitrat
C-Bentuk sebatian yang boleh diserap pokok-Nitrat







5- Kesan tabiat makan
A-Mana yang sihat-Salur B
B-Nyatakan penyakit-Arteriosclerosis, Koronari trombosis
C-Nama bahan dimendak-Kolesterol
D-Faktor pertambahan bahan berkenaan-Makan banyak lemak tepu
E-Cara kurang risiko penyakit-Senaman, makan sayur & buah





6- Inertia 
A-Kadbod ditarik perlahan :Syiling bergerak bersama kadbod
B-Kadbod ditarik pantas :Syiling jatuh dalam cawan
C-Inferens-Duit syiling mempunyai inertia


Soalan Iringan
Untuk pengetahuan calon, soalan-soalan yang Abang One kemukakan di bawah boleh ditanya pada soalan-soalan tambahan no 11 dan 12. Jika tidak, ia juga boleh membantu untuk menjawab soalan objektif. 

Aktiviti ini boleh dilakukan secara berpasangan. Bahagikan soalan kepada dua bahagian. Anda dan rakan perlu mencari jawapan bagi setiap soalan. Tulis soalan pada hadapan kertas dan jawapan di bahagian belakang. Mulakan sesi soal jawab secara berpasangan atau lebih. Secara tidak langsung ia akan mengukuhkan ingatan anda. Soalan di bawah adalah sebagai contoh, anda boleh mencari soalan-soalan lain yang sesuai. Selamat mencuba.

1-Kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
2-Perbezaan koordinasi saraf dan hormone
3-Persamaan dan perbezaaan lemak tepu dan tak tepu
4-Punca pencemaran dan kesan
5-Persamaan dan perbezaan bahan organik dan bukan organik
6-Perbezaan getah asli dan vulkan
7-Persamaan dan perbezaan mitosis dan meiosis
8-Perbezaan logam dan aloi
9-Perbezaan variasi selanjar dan tidak selanjar (contoh)

Tuesday, November 15, 2011

Merancang Eksperimen

Menulis Kaedah Eksperimen

Contoh Soalan
-Inertia Objek dipengaruhi oleh Jisimnya
-Kehadiran Bendasing akan meningkatkan takat didih air suling
-Kehadiran Bendasing akan mengurangkan takat beku air suling
-pH mempengaruhi pertumbuhan bakteria
-Cahaya mempengaruhi pertumbuhan bakteria
-Kelembapan mempengaruhi pertumbuhan bakteria
-Kehadiran nutrien mempengaruhi pertumbuhan bakteria
-Kepekatan antibiotik mempengaruhi pertumbuhan bakteria


*Perkataan  berwarna biru dan digariskan adalah pembolehubah bergerakbalas (BB) yang berbentuk umum. Calon kena mencari pembolehubah yang lebih khusus. Contoh adalah seperti di bawah :
Umum (Inertia objek)
Khusus ( Masa bandul berhenti)

Umum (Pertumbuhan bakteria)
Khusus (Bilangan koloni bakteria @ Kekeruhan bubur nutrient @ Luas kawasan jernih)



Cara Menulis Kaedah :
1- Ambil / dapatkan _,_,_,_, dan pasang seperti rajah di atas.
2-Terangkan cara kawal pembolehubah malar
3-Terangkan cara untuk menyiapkan 1 sahaja eksperimen
4-Terangkan cara mendapat data bagi eksperimen 1
5-Ulang langkah 3 hingga 4 menggunakan...nyatakan eksperimen berikutnya.....


Soalan contoh
Keadaan bahan atom @ molekul @ ion mempengaruhi sifat kekonduksian elektrik


Pertama sekali calon perlu tahu rajah eksperimen yang berkaitan dengan soalan. Soalan boleh bertanyakan tentong atom atau molekul atau ion.. yang penting calon perlu tahu bagaimana bahan ini mengkonduksi elektrik?

-Atom boleh mengkonduksi dalam keadaan pepejal dan cecair
-Molekul tidak boleh mengkonduksi dalam kedua-dua keadaan
-Ion hanya boleh mengkonduksi dalam keadaan cecair sahaja
Petunjuk bagi kekonduksian elektrik ialah dengan melihat nyalaan mentol. Jika mentol menyala, elektrik telah dikonduksi melalui keadaan bahan berkenaan.

Calon juga perlu tahu nama bahan-bahan atom, molekul dan ion. Jika calon tidak tahu, sila buat rujukan di dalam buku.

Pembolehubah :
MN : Keadaan bahan
ML : Kekuatan apai, jenis mentol, jumlah sel kering
BB : Kekonduksian elektrik (umum), Nyalaan mentol (khusus)

Kaedah:
1- Ambil / dapatkan _,_(Nyatakan bahan bersama kuantiti),_,_, dan pasang seperti rajah di atas.
2-Pastikan...... sama @ serupa iaitu ......................
3-Ambil / dapatkan ....(terang cara melakukan 1 sahaja eksperimen)....
4-Perhatikan keputusan (nyatakan cara) dan catat dapatan dalam jadual yang disediakan
5-Ulang langkah 3 hingga 4 menggunakan...nyatakan eksperimen berikutnya.....

Cikgu berharap, calon-calon semua dapat memahami apa yang abang disampaikan.Cikgu doakan semoga anda semua mendapat keputusan yang terbaik di dalam SPM nanti.
Sekian.

Soalan Mengkonsepsi

Berikut adalah contoh soalan-soalan mengkonsepsi. Fahami cara dan teknik untuk menjawab.

a. Nyatakan perbezaan antara logam dan bukan logam
i. Mengenalpasti maklumat.
Besi dan kuprum ialah bahan logam
ii.Mengenalpasti ciri sepunya
Besi dan kuprum mempunyai ciri – ciri sepunya iaitu kedua-duanya 
  1. mempunyai permukaan berkilau
  2. Boleh mengalir elektrik
iii.Contoh dan bukan contoh.
Contoh lain logam ialah zink danContoh bukan logam ialah sulfur
iv. Bina konsep sebenarnya.
Sebenarnya logam ialah bahan yang mempunyai ciri-ciri berikut: 
  1. mempunyai permukaan berkilau
  2. boleh mengalir elektrik.
  3. Pengalir haba yang baik.

 
a. Nyatakan perbezaan antara sebatian karbon organik dan sebatian karbon bukan organik
i. Mengenalpasti maklumat.
Petroleum dan kanji ialah sebatian karbon organik
ii.Mengenalpasti ciri sepunya
petroleum dan lemak mempunyai ciri – ciri sepunya iaitu kedua-duanya 
  1. Berasal dari benda-benda hidup
     ii. tidak larut dalam air
iii.Contoh dan bukan contoh.
Contoh lain sebatian karbon organik ialah protein danContoh bukan sebatian karbon organik ialah kapur.
iv. Bina konsep sebenarnya.
Sebenarnya sebatian karbon organik ialah bahan yang mempunyai ciri-ciri berikut: 
  1. Berasal dari benda-benda hidup
  2. Tidak larut dalam air.
  3. Mempunyai takat lebur rendah.


 
a. Nyatakan perbezaan antara lemak tepu dan lemak tak tepu
i. Mengenalpasti maklumat.
Lemak lembu dan lemak kambing ialah lemak tepu
ii.Mengenalpasti ciri sepunya
Lemak lembu dan lemak kambing mempunyai ciri – ciri sepunya iaitu kedua-duanya 
  1. Berbentuk pepejal pada suhu bilik
      ii mengandungi banyak kolesterol
iii.Contoh dan bukan contoh.
Contoh lain lemak tepu ialah lemak babi danContoh bukan lemak tepu ialah minyak sawit.
iv. Bina konsep sebenarnya.
Sebenarnya lemak tepu ialah bahan yang mempunyai ciri-ciri berikut: 
  1. Berbentuk pepejal pada suhu bilik
  2. Mengandungi banyak kolesterol.
  3. Mempunyai takat lebur yang tinggi.

Contoh Soalan 11/12 SPM

Soalan Penyelesaian Masalah

Contoh Soalan Penyelesaian Masalah yang diambil dari blog pecutankognitif Cikgu Hamzah. Sila baca dan fahami semoga contoh ini dapat membantu anda.


Soalan 1
Untuk mencegah penyakit taun selepas banjir.
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana ntuk mencegah penyakit taun selepas banjir?
b. Penjelasan masalah
Taun disebabkan oleh bakteria yang disebar oleh lalat.
c. Kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah.
i. memasak air dan makanan dengan sempurna.
ii. membuang air di dalam tandas.
iii. menutup makanan
iv. membuang sampah di dalam plastik atau tong yang tertutup.


Soalan 2
Untuk mencegah penyakit AIDS..
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk mencegah AIDS ?
b. Penjelasan masalah
Disebabkan oleh virus HIV
c. Kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah.
i. tidak mengambil dadah .
ii. menjauhi pelacur.
iii. tidak mengamalkan homoseks
iv. tidak melakukan seks bebas.


Soalan 3
Untuk meningkatkan pengeluaran makanan..
a. Mengenalpasti masalah
Bahaimana untuk meningkatkan pengeluaran makanan?
b. Penjelasan masalah
Kadar populasi penduduk lebih tinggi berbanding pengeluaran makanan
c. Kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah.
i. menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian/ternakn
ii. penggunaan teknologi moden.
iii. membuka tanah pertanian yang baru
iv. menanam lebih banyak pokok.


Soalan 4
Untuk mengelakkan kecederaan semasa kemalangan..
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk mengelakkan kecederaan semasa kemalangan?
b. Penjelasan masalah
Kemalangan disebabkan oleh faktor inersia.
c. Kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah.
i. memakai tali pinggang keledar
ii. menggunakan bag udara.
iii. menggunakan alas kepala
iv. menggunakan stering yang lembut


Soalan 5
Untuk mengelakkan pemanasan global..
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk mengelakkan pemanasan global?
b. Penjelasan masalah
Peningkatan gas karbon dioksida
c. Kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah.
i. mengelakkan pembakaran terbuka
ii. kitar semula bahan buangan.
iii. menggunakan kenderaan elektrik
iv. menanam lebih banyak pokok./mengekalkan hutan


Soalan 6
Untuk mengelakkan penipisan lapisan ozon
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk mengelakkan penipisan lapisan ozon ?
b. Penjelasan masalah
Kerana penggunaan bahan CFC
c. Kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah.
i. mengurangkan penggunaan bahan CFC
ii. menggantikan bahan CFC dengan bahan lain..
iii. menguatkuasa undang-undang untukmengawal pembebasan bahan CFC


Soalan 7
Untuk melancarkan roket ke angkasa lepas..
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk melancarkan roket ke angkasa lepas?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan Prinsip Keabadian Momentum.
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. roket menggunakan bahanapi gas hidrogen cecair dan kerosin
ii. roket membawa bekalan gas oksigen cecair untuk membakar bahanapi.
iii. apabila bahan api terbakar, maka terhasillah gas ekzos yang dikeluarkan pada kelajuan yang sangat tinggi.
iv. momentum gas ekzos akan menghasilkan daya tujah ke atas , lalu mengerakkan roket ke atas. .


Soalan 8
Untuk menanam tiang cerucuk..
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk menanam tiang cerucuk?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan Prinsip Keabadian Momentum.
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. tiang cerucuk ditegakkan di atas permukaan tanah
ii. pemberat atau pelantak digantung di atas dan setentang dengan tiang cerucuk .
iii. Pemberat atau pelantak dijatuhkan ke atas tiang cerucuk.
iv. momentum pemberat atau pelantak akan dipindahkan ke tiang cerucuk, menyebabkan tiang cerucuk bergerak masuk ke dalam tanah.


Soalan 9
Untuk mengawet susu mentah.
a. Mengenalpasti masalah
Bagaiman untuk mengawet susu mentah?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan kaedah pempasteuran.
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. susu mentah dipanaskan pada suhu 63°C selama 30 minit atau
ii.. susu mentah dipanaskan pada suhu 72°C selama 15 saat
iii. kemudian disejukkan serta merta..
iv. pemanasan akan mematikan bakteria dalam susu. .


Soalan 10
Untuk membaiki mutu lateks atau susu getah supaya lebih kenyal, lebih kuat dan lebih tahan haba.
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk membaiki mutu lateks atau susu getah supaya lebih kenyal, lebih kuat dan lebih tahan haba?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan kaedah pemvulkanan..
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. lateks dicampur dengan sulfur
ii.. kemudian dipanaskan
iii. atom sulfur membentuk ikatan silang antara rantai polimer getah
iv. ikatan silang akan menghalang rantai polimer getah dari menggelunsur, lalu menjadikan getah tervulkan lebih kuat, lebih kenyal dan lebih tahan haba..


Soalan 11
Untuk menghasilkan bahan berbau wangi /bahan perisamakanan berbau wangi.
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk menghasilkan bahan berbau wangi / bahan perisamakanan berbau wangi?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan kaedah atau proses pengesteran.
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. etanol dicampur dengan asid etanoik.
ii.. kemudian dicampur dengan asid sulfurik pekat sebagai mangkin.
iii. kemudian dipanaskan ( di dalam kukus air )
iv. kemudian terhasillah ester yang berbau wangi.


Soalan 12
Untuk mengangkat kapal terbang ke atas semasa penerbangan..
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk mengangkat kapal terbang ke atas semasa penerbangan?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan prinsip Bernoulli.
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. sayap kapal terbang berbentuk aerofoil.
ii.. apabila kapalterbang bergerak ke hadapan, udara bergerak lebih laju pada bahagian atas sayap,.
iii. ini menyebabkan tekanan udara di bahagian atas sayap lebih rendah.
iv. maka terhasillah daya angkat arah ke atas, lalu mengangkat sayap kapalterbang ke atas.


Soalan 13
Untuk menyadur nikel pada sudu besi.
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk menyadur nikel pada sudu bes?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan proses elektrolisis / penyaduran
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. Gunakan bateri kering atau arus terus.
ii.. Logam nikel dijadikan anod atau disambung pada punca positif bateri.
iii. sudu besi dijadikan katod atau disambung pada punca negetif bateri.
iv. Larutan nikel sulfat dijadikan elektrolit.


Soalan 14
Untuk menulenkan logam kuprum yang tidak tulen.
a. Mengenalpasti masalah
Bagaiaman untuk menulenkan logam kuprum yang tidak tulen?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan proses elektrolisis
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. Gunakan bateri kering atau arus terus.
ii.. Kuprum tidak tulen dijadikan anod atau disambung pada punca positif bateri.
iii. logam kuprum tulen dijadikan katod atau disambung pada punca negetif bateri.
iv. Larutan kuprum sulfat dijadikan elektrolit.