Come With Hope, Back With Success."

Wednesday, May 23, 2012

Kesungguhan..

Salam pertemuan. Siapakah anda? mungkin soalan sebegini jarang sekali ditanyakan kepada anda. 

Seorang pegawai polis tentunya akan menjalankan tugasnya dengan penuh disiplin dan amanah. Seorang doktor perubatan pula akan bertugas di hospital disertai kepakaran yang ada padanya. Seorang guru pula tidak jemu-jemu mendidik anak bangsa dengan satu tujuan untuk melihat anak muridnya menempa kejayaan. Seorang jaga sekolah tidak jemu-jemu meronda, berjaga, memeriksa kawasan sekolah demi menjamin keselamatan sekolah dan harta bendanya. Pemandu bas akan bangun awal.. menghantar pelajar-pelajar ke sekolah dan menghantar ke rumah ketika waktu balik. Ibu dan bapa bekerja dengan bertungkus lumus bagi mencari rezeki dalam membesarkan anak-anaknya agar menjadi orang yang berguna satu hari kelak.

Anda sebagai pelajar tentunya wajib menjalankan tugas anda sebagai pelajar. Anda tidak diminta untuk menjalankan tugas lain yang tidak bersangkutan dengan status anda. Jika anda lari dari tanggungjawab sebenar anda...maka tujuan anda ke sekolah boleh dipertikai oleh pihak lain. Kesungguhan anda menjalankan tugas anda sebagai seorang pelajar sebenarnya boleh diperhatikan.

Contoh di bawah dapat menggambarkan dengan jelas kesungguhan anda memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pelajar...Renungkanlah.










Semoga berjumpa lagi.
Baca selengkapnya >>

Demam Peperiksaan


Salam kunjungan untuk semua. Bertemu lagi kita di ruang maya ini. Bagaimana dengan peperiksaan Pertengahan Tahun? Setakat hari ini... harap-harap semuanya berjalan dengan baik.

Meninjau seketika gerak-geri rakan-rakan anda yang sedang demam untuk menghabiskan peperiksaan sebelum bercuti pertengahan tahun... banyak aksi-aksi luar jangka yang dipamirkan di sekolah.. ada yang pendiam, gelabah, serba tak kena, ada juga yang seperti tidak ada apa-apa yang penting berlaku.

Sebelum kertas bermula... ramai yang sibuk mengulangkaji, berbincang dengan rakan, membaca buku, membaca nota, melihat sekali lalu pelajaran yang lepas-lepas... tidak kurang juga yang bersantai sambil berbual-bual kosong.

Apa pun reaksi yang diperhatikan... sepatutnya semua pelajar mempunyai kesedaran bahawa peperiksaan itu penting dalam menilai sejauh mana kita menjalankan tugas kita sebagai seorang pelajar.... sejauh mana kita menunaikan janji senyap kepada ibubapa atau penjaga kita. Tidak kurang juga yang berjanji dengan lisan yang jelas dan penuh yakin demi menggembirakan insan tersayang.

Adalah sangat malang jika peperiksaan yang sedang dihadapai tidak memberi apa-apa makna kepada anda... ada juga yang beranggapan, hanya peperiksaan PMR dan SPM sahaja yang penting manakala peperiksaan lain tidak penting. Tanggapan salah seperti ini akan terus mendodoi dan membuai anda sehingga anda lupa siapa anda dan kenapa anda perlu berada di sekolah?

Pelajar yang baik dan ikhlas dalam menjalankan tugasnya sebagai pelajar tentunya akan mendapat bantuan Tuhan Yang Maha Kuasa. Niat suci murni disertai dengan usaha yang gigih dan doa tentunya tidak akan mengecewakan. Sampai masa... pasti anda akan menangis kegembiraan sambil menuai erti kemanisan satu kejayaan.
Jumpa lagi.
Baca selengkapnya >>

Anda Mungkin Ingin Membaca :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...