Come With Hope, Back With Success."

Tuesday, February 5, 2013

Nilai Diri Anda..

Salam untuk semua pelawat dan pengunjung. Khas untuk calon-calon SPM dan PMR 2013. Baru-baru ini, anda semua mungkin telah selesai menduduki peperiksaan awal tahun... setengah tempat juga dikenali sebagai ujian TOV. Mungkin  juga ada di antara anda yang telah mendapat keputusan bagi mata pelajaran sains... bagaimana?


Apa reaksi anda sebaik sahaja menerima keputusan ujian sains anda?

Seperti yang anda ketahui, ujian awal tahun atau TOV mengandungi soalan tahun lepas dan sedikit soalan-soalan tahun semasa mungkin juga termasuk soalan yang belum anda pelajari tajuknya. Ada yang beranggapan soalan awal tahun ini susah... bagi calon-calon yang mengikuti kelas tusyen dan kerap mengulangkaji... menjawab ujian seperti ini tidak menjadi satu masalah yang besar.

Jangan sombong!

Apapun keputusan yang anda dapat... jangan berputus asa. Usaha lagi pada ujian berikutnya agar anda mendapat keputusan yang lebih baik. Apa yang penting jangan sombong dan berlagak pandai. Hormati guru dan hak rakan lain untuk belajar. Jika kita merasai diri kita pandai.....  selalunya kita tidak akan menghormati hak rakan lain untuk belajar. Kita akan rasa angkuh dan kerap menimbulkan masalah di dalam kelas. Jika guru tidak dihormati... keberkatan ilmu akan hilang. Berubahlah sebelum terlambat.

Tiap usaha yang ikhlas pasti akan melakar kejayaan yang diharapkan. Kegagalan adalah langkah pertama kejayaan. 

Satu pengalaman di 3AA..... Jumpa lagi.
Abang One
Baca selengkapnya >>

Anda Mungkin Ingin Membaca :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...