Come With Hope, Back With Success."

Wednesday, May 18, 2011

Hari Guru 2011

Sejauh Mana Anda Menghargai Guru-guru Anda?


16 Mei Merupakan tarikh keramat yang ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh para guru tetapi juga oleh semua murid atau siapa sahaja yang pernah menjadi murid atau pelajar. Di Kesempatan ini, Abang One ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru dan bekas guru di seluruh Malaysia bahkan dunia.


Hampir semua orang pernah menjadi murid dan pelajar. Mengimbas ketika masih belajar dahulu, Abang One selalu ternanti-nanti tarikh hari guru kerana ketika itu, kami akan membuat sesuatu yang istimewa dan mengejutkan kepada guru-guru kami. Kami harapkan agar cikgu selalu ingat dan tidak jemu membimbing kami. Ada antara kami yang menyediakan hadiah mengikut kemampuan masing-masing untuk diberikan kepada guru ketika sambutan hari guru.

Bila ingatkan semula kenakalan kami ketika di bilik darjah dulu... rasa macam sedih dan cukup bersalah terhadap guru. Di dalam hati.... kadang-kadang timbul kata-kata "Maafkan saya, cikgu".  Alangkah manisnya jika kata-kata tersebut dapat diucapkan di hadapan guru kami ketika sambutan hari guru nanti.



Suatu ketika dahulu, sambutan hari guru di sekolah-sekolah cukup meriah sambutannya. Suasana kemeriahan dapat dilihat dengan ketara di sekolah-sekolah rendah dan kemeriahannya semakin kurang di sekolah menengah. Dengan kata lain, semakin meningkat umur pelajar... semakin kurang kemeriahan sambutan hari guru.

Seorang rakan Abang One mengajar di 5 kelas menegah atas  yang ditemui baru-baru ini memberitahu bahawa dia hanya menerima ucapan hari guru daripada 5 orang pelajarnya. Beliau juga mendapat satu hadiah kecil dari seorang pelajarnya. Paling kurang pelajar yang diajar beliau ialah seramai 180 orang. Jika dikira secara lebih mendalam, hanya sekitar 3% sahaja pelajarnya mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada beliau.

Berbeza dengan seorang lagi rakan Abang One yang mengajar di sebuah sekolah rendah, hadiah yang diterimanya sahaja perlu dibawa balik dengan menggunakan beg plastik bersaiz besar. Raut wajah beliau cukup ceria ketika menceritakan pengalaman berkenaan.

Mungkinkah sensitiviti pelajar sekolah menengah kepada gurunya sudah semakin berkurang. Perhargaan kepada guru juga jatuh merudum. Situasi ini dapat dikaitkan dengan isu-isu disiplin yang bersilih ganti di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. Apabila rasa hormat kepada guru sudah hilang maka tidak mustahil masalah disiplin semakin meningkat. Mungkin kajian perlu dibuat dari segi peratus kejayaan penerapan ilmu terhadap pelajar-pelajar di sekolah menegah.

Adalah perlu difahami, bukanlah hadiah yang diharapkan oleh guru daripada pelajarnya. Cukup dengan sekadar kad ucapan buatan sendiri yang diberikan kepada gurunya sebagai tanda keperihatinan pelajar berkenaan di atas jasa yang dicurahkan oleh gurunya. Paling tidak... cukup sekadar ucapan lisan dari anak didiknya... iaitu ucapan keramat  
"Selamat Hari Guru.. Cikgu....."


Cuba anda nilai sendiri apakah anda telah mengucapkan selamat hari guru kepada semua cikgu anda? Seorang pelajar cemerlang bukan sahaja mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada guru semasanya, tetapi kepada semua guru-guru yang pernah mengajarnya termasuk di sekolah rendah. Satu lagi yang perlu difahami, maksud guru itu perlu diperluaskan dan tidak dihadkan kepada guru-guru di sekolah formal sahaja.

Semoga anda menjadi seorang pelajar yang mengenang jasa dan pergorbanan gurunya. Bertuahlah anda jika anda adalah salah seorang yang didoakan oleh gurunya untuk berjaya.

Sekian. Jumpa lagi.
Abang One
Baca selengkapnya >>

Tuesday, May 3, 2011

SPM : KPS09

SPM : Kemahiran Mengawal Pembolehubah

Salam untuk semua pengunjung dan semua calon-calon SPM. Pada kali ini Abang One akan memaparkan soalan bagi menguji KPS09 iaitu Kemahiran mengawal pembolehubah.

Sila perhatikan soalan di bawah dan buat rujukan berkaitan nota kemahiran mengawal pembolehubah di dalam post Abang One sebelum ini.


Q1. Rajah 2.1 dan 2.2 merupakan eksperimen bagi mengkaji tindak balas  eksotermik.SP
Nyatakan satu pembolehubah dimanupulasi dalam eksperimen di atas.
Berikut adalah contoh-contoh jawapan calon
1-Suhu air
2-Jenis air
3-Tindakbalas eksotertermik
4-Serbuk sodium
5-Suhu air
6-Bacaan termometer
7-Kehadiran bendasing
8-Mengkaji tindakbalas eksotermik
9-Kerhadiran serbuk sodium
10-Kehadiran garam
11-Perubahan suhu air
12-Termometer
13-Jenis air yang digunakan
14-Jenis bahan
15-Jenis suhu

Ulasan Abang One
Di bawah adalah jawapan-jawapan yang hampir tepat:
4-Serbuk Sodium-Tidak diterima kerana ia tidak lengkap
7-Kehadiran bendasing-Tidak sesuai-umum
9-Kehadiran serbuk sodium-Jawapan tepat
10-Keharidan garam-Tidak sesuai-umum
14-Jenis bahan-Tidak sesuai umum

Kesimpulannya, jawapan ke-9 lebih menepati kehendak soalan. Anda perlu meneliti syarat-syarat-syarat ketika menulis pembolehubah. Ramai calon merasakan jawapan yang diberi adalah betul tetapi hakikatnya ia tidak menepati kehendak soalan.

Selamat belajar.
Abang One
Baca selengkapnya >>

Anda Mungkin Ingin Membaca :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...