Come With Hope, Back With Success."

Wednesday, March 23, 2011

Jenis KPS

Salam untuk semua pengunjung celiksains.blogspot.com/
Pada post kali ini, Abang One akan menerangkan serba sedikit tentang jenis-jenis KPS yang perlu dikuassi oleh calon-calon PMR dan SPM. Di dalam sukatan yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), terdapat lebih kurang 12 KPS yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar samada secara sedar atau tidak sedar. Hampir kesemuanya digunakan dengan cukup meluas ketika anda melakukan eksperimen. 

Apakah faedahnya KPS ? 
Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa menguasai KPS dari segi intelek adalah lebih tinggi nilainya daripada hanya menguasai fakta dan perinsip-prinsip sains. Ahli sains zaman dahulu mengunakan KPS dengan meluas di dalam kehidupan mereka sehinggalah terhasilnya teori dan penemuan-penemuan baru yang berguna untuk kita pada hari ini. Saintis dahulu tidak mengetahui tentang KPS tetapi mereka mengamalkan KPS dalam kehidupan mereka.


KPS mula diperkenalkan dan diguna pakai pada peringkat awal perkembangan kognitif kanak-kanak lagi. Ia juga dikenali sebagai Kemahiran Proses Sains Asas (Basic Science Skills). Berikut adalah KPS Asas yang dimaksudkan iaitu :

1-Kemahiran Memerhati
2-Kemahiran Mengelas
3-Kemahiran Mengukur dan Menggunakan nombor
4-Kemahiran Membuat Inferens
5-Kemahiran Meramal
6-Kemahiran Berkomunikasi
7-Menggunakan Hubungan Ruang dan Masa


Pada peringkat perkembangan kognitif yang lebih tinggi, KPS Bersepadu (Integrated Science Process Skills) adalah seperti berikut :

1. Kemahiran Mentafsir Maklumat
2-Kemahiran Mengawal Pembolehubah
3-Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi
4-Kemahiran Membuat Hipotesis
5-Kemahiran Mengeksperimen

Adalah malang jika, pada peringkat menengah, masih ada calon-calon yang belum menguasai soalan-soalan yang menggunakan KPS Asas. Sebagai contoh, ramai calon PMR dan SPM tidak dapat menjawab soalan jenis pemerhatian dengan betul dan tepat, sedangkan pemerhati adalah KPS yang paling rendah dan mudah.

Pada post berikutnya Abang One akan memberikan definisi bagi setiap KPS. Hingga berjumpa lagi.
Abang One

Anda Mungkin Ingin Membaca :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...