Come With Hope, Back With Success."

Wednesday, March 23, 2011

Kuasai KPS

Selamat datang kepada semua pengunjung celiksains.blogspot.com/

Pada post kali ini Cikgu akan memberi sedikit pengenalan berkenaan Kemahiran Proses Sains atau lebih dikenali sebagai KPS. Terdapat 12 jenis KPS yang perlu dikuasai dan difahami oleh pelajar sekolah menengah. KPS digunakan dengan meluas oleh pelajar ketika melakukan eksperimen di makmal sains. KPS juga sangat berguna untuk membantu pelajar memahami sesuatu eksperiment, merancang eksperimen juga penting bagi membantu pelajar menjawab soalan kertas 2 bagi calon SPM.

Kegagalan pelajar memahami dan menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS) akan menyukarkan pelajar untuk menjawab soalan berkaitan eksperimen dengan baik. Dari pemerhatian dan analisis tidak rasmi yang dibuat, jelas menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar begitu lemah ketika menjawab soalan-solalan kertas 2 yang berkaitan dengan eksperimen. Dengan latihan yang tidak mencukupi dan daya maju yang rendah, menyebabkan kejatuhan markah dalam peperiksaan dan ujian.




Calon-calon peperiksaan perlu agresif dalam memperbaiki kelemahan diri. Cuba pelajari dan fahami KPS terlebih dahulu sebelum melakukan proses aplikasi ketika menjawab soalan. Ramai calon tidak tahu dengan mendalam berkaitan dengan KPS kerana kurangnya pendedahan. Budaya ikut-ikutan dan hentam saja perlu dihindari jika anda bercadang untuk skor di dalam peperiksaan sains.


Budaya banyak bertanya dan belajar secara kumpulan boleh membantu calon menguasai dan memahirkan diri dalam selok-belok soalan peperiksaan. Bukan semua calon boleh menjawab soalan yang melibatkan KPS dengan baik. Hal ini terjadi kerana soalan-soalan berkaitan KPS adalah soalan yang berpaksikan kepada pemahaman dan pemikiran. Mereka yang malas berfikir tentukan akan kecundang pada bahagian ini.

Walaupun soalan-soalan berkaitan KPS agak sukar bagi sesetengah calon, ia boleh diatasi dengan latihan yang konsisten dengan bantuan dan tunjuk ajar guru yang mahir. Dengan adanya guide atau pakar rujuk, proses pembelajaran dan pemahaman anda akan berlaku dengan lebih mudah.

Sekian untuk post kali ini. Jumpa lagi
Cikgu Nordin