Come With Hope, Back With Success."

Tuesday, November 15, 2011

Contoh Soalan 11/12 SPM

Soalan Penyelesaian Masalah

Contoh Soalan Penyelesaian Masalah yang diambil dari blog pecutankognitif Cikgu Hamzah. Sila baca dan fahami semoga contoh ini dapat membantu anda.


Soalan 1
Untuk mencegah penyakit taun selepas banjir.
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana ntuk mencegah penyakit taun selepas banjir?
b. Penjelasan masalah
Taun disebabkan oleh bakteria yang disebar oleh lalat.
c. Kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah.
i. memasak air dan makanan dengan sempurna.
ii. membuang air di dalam tandas.
iii. menutup makanan
iv. membuang sampah di dalam plastik atau tong yang tertutup.


Soalan 2
Untuk mencegah penyakit AIDS..
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk mencegah AIDS ?
b. Penjelasan masalah
Disebabkan oleh virus HIV
c. Kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah.
i. tidak mengambil dadah .
ii. menjauhi pelacur.
iii. tidak mengamalkan homoseks
iv. tidak melakukan seks bebas.


Soalan 3
Untuk meningkatkan pengeluaran makanan..
a. Mengenalpasti masalah
Bahaimana untuk meningkatkan pengeluaran makanan?
b. Penjelasan masalah
Kadar populasi penduduk lebih tinggi berbanding pengeluaran makanan
c. Kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah.
i. menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian/ternakn
ii. penggunaan teknologi moden.
iii. membuka tanah pertanian yang baru
iv. menanam lebih banyak pokok.


Soalan 4
Untuk mengelakkan kecederaan semasa kemalangan..
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk mengelakkan kecederaan semasa kemalangan?
b. Penjelasan masalah
Kemalangan disebabkan oleh faktor inersia.
c. Kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah.
i. memakai tali pinggang keledar
ii. menggunakan bag udara.
iii. menggunakan alas kepala
iv. menggunakan stering yang lembut


Soalan 5
Untuk mengelakkan pemanasan global..
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk mengelakkan pemanasan global?
b. Penjelasan masalah
Peningkatan gas karbon dioksida
c. Kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah.
i. mengelakkan pembakaran terbuka
ii. kitar semula bahan buangan.
iii. menggunakan kenderaan elektrik
iv. menanam lebih banyak pokok./mengekalkan hutan


Soalan 6
Untuk mengelakkan penipisan lapisan ozon
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk mengelakkan penipisan lapisan ozon ?
b. Penjelasan masalah
Kerana penggunaan bahan CFC
c. Kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah.
i. mengurangkan penggunaan bahan CFC
ii. menggantikan bahan CFC dengan bahan lain..
iii. menguatkuasa undang-undang untukmengawal pembebasan bahan CFC


Soalan 7
Untuk melancarkan roket ke angkasa lepas..
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk melancarkan roket ke angkasa lepas?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan Prinsip Keabadian Momentum.
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. roket menggunakan bahanapi gas hidrogen cecair dan kerosin
ii. roket membawa bekalan gas oksigen cecair untuk membakar bahanapi.
iii. apabila bahan api terbakar, maka terhasillah gas ekzos yang dikeluarkan pada kelajuan yang sangat tinggi.
iv. momentum gas ekzos akan menghasilkan daya tujah ke atas , lalu mengerakkan roket ke atas. .


Soalan 8
Untuk menanam tiang cerucuk..
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk menanam tiang cerucuk?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan Prinsip Keabadian Momentum.
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. tiang cerucuk ditegakkan di atas permukaan tanah
ii. pemberat atau pelantak digantung di atas dan setentang dengan tiang cerucuk .
iii. Pemberat atau pelantak dijatuhkan ke atas tiang cerucuk.
iv. momentum pemberat atau pelantak akan dipindahkan ke tiang cerucuk, menyebabkan tiang cerucuk bergerak masuk ke dalam tanah.


Soalan 9
Untuk mengawet susu mentah.
a. Mengenalpasti masalah
Bagaiman untuk mengawet susu mentah?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan kaedah pempasteuran.
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. susu mentah dipanaskan pada suhu 63°C selama 30 minit atau
ii.. susu mentah dipanaskan pada suhu 72°C selama 15 saat
iii. kemudian disejukkan serta merta..
iv. pemanasan akan mematikan bakteria dalam susu. .


Soalan 10
Untuk membaiki mutu lateks atau susu getah supaya lebih kenyal, lebih kuat dan lebih tahan haba.
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk membaiki mutu lateks atau susu getah supaya lebih kenyal, lebih kuat dan lebih tahan haba?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan kaedah pemvulkanan..
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. lateks dicampur dengan sulfur
ii.. kemudian dipanaskan
iii. atom sulfur membentuk ikatan silang antara rantai polimer getah
iv. ikatan silang akan menghalang rantai polimer getah dari menggelunsur, lalu menjadikan getah tervulkan lebih kuat, lebih kenyal dan lebih tahan haba..


Soalan 11
Untuk menghasilkan bahan berbau wangi /bahan perisamakanan berbau wangi.
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk menghasilkan bahan berbau wangi / bahan perisamakanan berbau wangi?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan kaedah atau proses pengesteran.
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. etanol dicampur dengan asid etanoik.
ii.. kemudian dicampur dengan asid sulfurik pekat sebagai mangkin.
iii. kemudian dipanaskan ( di dalam kukus air )
iv. kemudian terhasillah ester yang berbau wangi.


Soalan 12
Untuk mengangkat kapal terbang ke atas semasa penerbangan..
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk mengangkat kapal terbang ke atas semasa penerbangan?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan prinsip Bernoulli.
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. sayap kapal terbang berbentuk aerofoil.
ii.. apabila kapalterbang bergerak ke hadapan, udara bergerak lebih laju pada bahagian atas sayap,.
iii. ini menyebabkan tekanan udara di bahagian atas sayap lebih rendah.
iv. maka terhasillah daya angkat arah ke atas, lalu mengangkat sayap kapalterbang ke atas.


Soalan 13
Untuk menyadur nikel pada sudu besi.
a. Mengenalpasti masalah
Bagaimana untuk menyadur nikel pada sudu bes?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan proses elektrolisis / penyaduran
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. Gunakan bateri kering atau arus terus.
ii.. Logam nikel dijadikan anod atau disambung pada punca positif bateri.
iii. sudu besi dijadikan katod atau disambung pada punca negetif bateri.
iv. Larutan nikel sulfat dijadikan elektrolit.


Soalan 14
Untuk menulenkan logam kuprum yang tidak tulen.
a. Mengenalpasti masalah
Bagaiaman untuk menulenkan logam kuprum yang tidak tulen?
b. Kaedah yang digunakan
Menggunakan proses elektrolisis
c. Penjelasan bagaimana kaedah yang digunakan itu bertindak.
i. Gunakan bateri kering atau arus terus.
ii.. Kuprum tidak tulen dijadikan anod atau disambung pada punca positif bateri.
iii. logam kuprum tulen dijadikan katod atau disambung pada punca negetif bateri.
iv. Larutan kuprum sulfat dijadikan elektrolit.