Come With Hope, Back With Success."

Tuesday, November 15, 2011

Merancang Eksperimen

Menulis Kaedah Eksperimen

Contoh Soalan
-Inertia Objek dipengaruhi oleh Jisimnya
-Kehadiran Bendasing akan meningkatkan takat didih air suling
-Kehadiran Bendasing akan mengurangkan takat beku air suling
-pH mempengaruhi pertumbuhan bakteria
-Cahaya mempengaruhi pertumbuhan bakteria
-Kelembapan mempengaruhi pertumbuhan bakteria
-Kehadiran nutrien mempengaruhi pertumbuhan bakteria
-Kepekatan antibiotik mempengaruhi pertumbuhan bakteria


*Perkataan  berwarna biru dan digariskan adalah pembolehubah bergerakbalas (BB) yang berbentuk umum. Calon kena mencari pembolehubah yang lebih khusus. Contoh adalah seperti di bawah :
Umum (Inertia objek)
Khusus ( Masa bandul berhenti)

Umum (Pertumbuhan bakteria)
Khusus (Bilangan koloni bakteria @ Kekeruhan bubur nutrient @ Luas kawasan jernih)



Cara Menulis Kaedah :
1- Ambil / dapatkan _,_,_,_, dan pasang seperti rajah di atas.
2-Terangkan cara kawal pembolehubah malar
3-Terangkan cara untuk menyiapkan 1 sahaja eksperimen
4-Terangkan cara mendapat data bagi eksperimen 1
5-Ulang langkah 3 hingga 4 menggunakan...nyatakan eksperimen berikutnya.....


Soalan contoh
Keadaan bahan atom @ molekul @ ion mempengaruhi sifat kekonduksian elektrik


Pertama sekali calon perlu tahu rajah eksperimen yang berkaitan dengan soalan. Soalan boleh bertanyakan tentong atom atau molekul atau ion.. yang penting calon perlu tahu bagaimana bahan ini mengkonduksi elektrik?

-Atom boleh mengkonduksi dalam keadaan pepejal dan cecair
-Molekul tidak boleh mengkonduksi dalam kedua-dua keadaan
-Ion hanya boleh mengkonduksi dalam keadaan cecair sahaja
Petunjuk bagi kekonduksian elektrik ialah dengan melihat nyalaan mentol. Jika mentol menyala, elektrik telah dikonduksi melalui keadaan bahan berkenaan.

Calon juga perlu tahu nama bahan-bahan atom, molekul dan ion. Jika calon tidak tahu, sila buat rujukan di dalam buku.

Pembolehubah :
MN : Keadaan bahan
ML : Kekuatan apai, jenis mentol, jumlah sel kering
BB : Kekonduksian elektrik (umum), Nyalaan mentol (khusus)

Kaedah:
1- Ambil / dapatkan _,_(Nyatakan bahan bersama kuantiti),_,_, dan pasang seperti rajah di atas.
2-Pastikan...... sama @ serupa iaitu ......................
3-Ambil / dapatkan ....(terang cara melakukan 1 sahaja eksperimen)....
4-Perhatikan keputusan (nyatakan cara) dan catat dapatan dalam jadual yang disediakan
5-Ulang langkah 3 hingga 4 menggunakan...nyatakan eksperimen berikutnya.....

Cikgu berharap, calon-calon semua dapat memahami apa yang abang disampaikan.Cikgu doakan semoga anda semua mendapat keputusan yang terbaik di dalam SPM nanti.
Sekian.