Come With Hope, Back With Success."

Tuesday, November 15, 2011

Soalan Mengkonsepsi

Berikut adalah contoh soalan-soalan mengkonsepsi. Fahami cara dan teknik untuk menjawab.

a. Nyatakan perbezaan antara logam dan bukan logam
i. Mengenalpasti maklumat.
Besi dan kuprum ialah bahan logam
ii.Mengenalpasti ciri sepunya
Besi dan kuprum mempunyai ciri – ciri sepunya iaitu kedua-duanya 
  1. mempunyai permukaan berkilau
  2. Boleh mengalir elektrik
iii.Contoh dan bukan contoh.
Contoh lain logam ialah zink danContoh bukan logam ialah sulfur
iv. Bina konsep sebenarnya.
Sebenarnya logam ialah bahan yang mempunyai ciri-ciri berikut: 
  1. mempunyai permukaan berkilau
  2. boleh mengalir elektrik.
  3. Pengalir haba yang baik.

 
a. Nyatakan perbezaan antara sebatian karbon organik dan sebatian karbon bukan organik
i. Mengenalpasti maklumat.
Petroleum dan kanji ialah sebatian karbon organik
ii.Mengenalpasti ciri sepunya
petroleum dan lemak mempunyai ciri – ciri sepunya iaitu kedua-duanya 
  1. Berasal dari benda-benda hidup
     ii. tidak larut dalam air
iii.Contoh dan bukan contoh.
Contoh lain sebatian karbon organik ialah protein danContoh bukan sebatian karbon organik ialah kapur.
iv. Bina konsep sebenarnya.
Sebenarnya sebatian karbon organik ialah bahan yang mempunyai ciri-ciri berikut: 
  1. Berasal dari benda-benda hidup
  2. Tidak larut dalam air.
  3. Mempunyai takat lebur rendah.


 
a. Nyatakan perbezaan antara lemak tepu dan lemak tak tepu
i. Mengenalpasti maklumat.
Lemak lembu dan lemak kambing ialah lemak tepu
ii.Mengenalpasti ciri sepunya
Lemak lembu dan lemak kambing mempunyai ciri – ciri sepunya iaitu kedua-duanya 
  1. Berbentuk pepejal pada suhu bilik
      ii mengandungi banyak kolesterol
iii.Contoh dan bukan contoh.
Contoh lain lemak tepu ialah lemak babi danContoh bukan lemak tepu ialah minyak sawit.
iv. Bina konsep sebenarnya.
Sebenarnya lemak tepu ialah bahan yang mempunyai ciri-ciri berikut: 
  1. Berbentuk pepejal pada suhu bilik
  2. Mengandungi banyak kolesterol.
  3. Mempunyai takat lebur yang tinggi.