Come With Hope, Back With Success."

Monday, June 6, 2016

Betulkan Niat Anda...

Salam kunjungan untuk semua. Peperiksaan Pertengahan Tahun baru sahaja tamat. Sekarang ada yang masih lagi bercuti dan kebetulan pula bulan ramadahan tahun ini bermula dalam cuti sekolah. Ramailah adik-adik yang ambil peluang untuk bercuti dan balik ke kampung. Tempoh dua minggu memang lama. Banyak perkara yang boleh berlaku.

Tidak kira apa yang adik-adik lakukan... perlu diingat peperiksaan semakin dekat. Masa terus berjalan tanpa dapat diundur walaupun sesaat. PT3 dan SPM semakin hampir. Bagi adik-adik yang pintar, masa cuti sebegini adalah masa emas bagi mereka mengulagkaji dan mentelaah pelajaran. Mereka sangat faham apabila sekolah dibuka nanti, mereka akan sibuk dengan latihan dan kerja yang banyak yang tentunya akan diberi oleh guru-guru. Semakin dekat masa peperiksaan, semakin banyak kerja yang perlu dibuat. Ramai yang semakin cemas dan risau. Sebelum masa itu tiba... berfikirlah dengan bijak.

Mungkin ada yang berpendapat masa cuti adalah masa untuk "enjoy". Berjalan-jalan, bermain, berehat dan apa sahaja yang adik-adik hendak lakukan yang sebelum ini cukup terhad dan terkonkong. Ada juga yang berpendapat... TV, hiburan dan sebagainya boleh juga ditemui di tahun lain kerana masa itu masih panjang tetapi... PT3 dan SPM hanya sekali.... sekali... sekali sahaja. Mereka ini sanggup berkorban hanya untuk mengapai masa depan yang lebih baik.

Apa sahaja yang anda lakukan perlu niat. Setiap yang kita lakukan dinilai dari segi niat. Jika kita ikhlas... balasanya juga berlipat kali ganda. Adik-adik perlu ingat bahawa belajar itu satu PROSES. Ia tidak boleh dilakukan pada masa-masa tertentu sahaja. Belajar bila peperiksaan tiba sahaja....ikut masa yang kita suka sahaja. Belajar adalah satu proses yang berterusan dan berstrategi.
.
Kejayaan juga dipengaruhi oleh keupayaan adik-adik memikul amanah dan kepercayaan yang diberi. Amanah dan kepercayaan boleh datang dari ibubapa, guru dan kawan adik-adik sendiri. Mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberi adalah tanda-tanda keikhlasan yang kosong. Usaha yang tiada keikhlasan adalah usaha sia-sia yang tiada keberkatan baik di dunia mahupun di akhirat.

Jadikanlah keputusan yang diperolehi sebagai lapangan untuk menilai diri masing-masing. Sehingga kita berjumpa lagi di laman maya. Sekian-Abang One

Anda Mungkin Ingin Membaca :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...