Come With Hope, Back With Success."

Monday, August 11, 2014

Jangan Ambil Mudah..

Selamat datang kepada semua pengunjung, pembaca dan semua calon peperiksaan PT3 dan SPM 2014. Terlebih dahulu Cikgu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Firti, maaf zahir dan batin. Cikgu harap... disamping kehangatan sambutan hari raya... jangan pula kita lupa tugas utama kita sebagai seorang pelajar.

Ujian-ujian dan penilaian-penilaian PT3 masih berjalan secara berterusan. Pelajar-pelajar yang terlibat perlu sentiasa peka terhadap setiap perubahan dan jadual yang ditetapkan. Anda juga perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian dan penilaian yang akan dan sedang dijalankan.




Bagi calaon-calon SPM 2014 pula... peperiksaan percubaan semakin hampir. Suka Cikgu ingat agar anda semua tidak ambil mudah peperiksaan percubaan. Mungkin ramai calon yang tidak mengetahui bahawa keputusan Peperiksaan Percubaan SPM boleh menjadi tiket awal untuk pelajar SPM menjejak kaki ke universiti atau pusat pusat pengajian yang lain. Keputusan percubaan adalah satu penyata yang sah dan boleh diterima bagi memohon kursus-kursus yang ditawarkan dengan syarat-syarat tertentu.

Cikgu sangat berharap agar semua pelajar yang terlibat tidak mengambil mudah setiap peperiksaan dan ujian yang dijalankan di sekolah. Ramai pelajar yang silap membuat anggapan bahawa hanya keputusan akhir sahaja yang penting. Ubah segera pandangan anda sebelum terlambat. Berubah sebelum terlambat. Jumpa lagi.