Come With Hope, Back With Success."

Monday, September 17, 2012

Bila tiba masa itu..

Salam pertemuan untuk semua...
Tidak lama lagi Peperiksaan PMR akan tiba. Calon-calon sedang sibuk mentelaah pelajaran di saat-saat akhir... dengan harapan, usaha berkenaan dapat membantu mereka menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Syabas untuk anda...

Kejayaan itu memang manis. Semua orang inginkan kejayaan.. tetapi tidak ramai yang sanggup berusaha gigih untuk mencapainya. Ramai yang tewas di pertengahan jalan.


Jika persediaan cukup tentu tidak sabar menanti saat ini.
 

Saat bahagia yang bukan semua orang mampu merasainya. 
Adakah anda tergolong ke dalam kumpulan ini? 
Sudah semestinya..
Saat pahit manis zaman persekolahan jangan dipersiakan.

Penyudah yang tidak diingini
Ramai yang tidak pernah mengalaminya
Ada yang tidak tahu bahawa situasi ini memang ada
Inginkah anda tergolong dalam kumpulan ini?... 
Tentunya tidak


Peperiksaan bukan sekadar melihat pencapaian lulus gagal
Bukan sekadar jumlah A yang berjaya anda perolehi..
Juga bukan pujian yang diharapkan

Kejayaan adalah usaha anda mendidik diri...
Mendidik untuk menghargai ilmu pengetahun itu sendiri.

Apa yang cikgu ingin nyatakan di sini. Anda masih ada masa untuk sedar...masih ada masa untuk berubah... masih ada masa untuk melakar kejayaan di dalam hidup anda... kerana MASA ITU masih belum tiba. Ingat dan berubah sebelum terlambat.

Selamat menduduki peperiksaan PMR 2012
Semoga anda semua berjaya.
Cikgu One

Anda Mungkin Ingin Membaca :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...