Come With Hope, Back With Success."

Saturday, June 1, 2013

Hadapi Proses Itu...

Salam pertemuan dan selamat datang kepada semua pengunjung celiksains.blogspot.com/. Semoga anda semua sihat dan bahagia selalu.
Bagaimana persediaan anda semasa musim cuti sekolah. Adakah anda menghabiskan masa sepanjang dua minggu bercuti hanya semata-mata untuk bercuti atau dimanfaatkan untuk mengulangkaji pelajaran?  

Ramai yang tidak begitu faham dengan konsep sebenar pembelajaran. Pembelajaran dan pendidikan sangat berkait rapat. Ia adalah satu proses yang berterusan dan berkesinambungan dan bukannya bermusim. Ramai di antara calon-calon peperiksaan belajar secara bermusim. Mereka belajar hanya ketika minggu peperiksaan sahaja. Ada juga datang ke sekolah hanya untuk mengambil peperiksaan sahaja kemudian terus menghilang dan jarang datang ke sekolah.


 

Sepatutnya pembelajaran adalah santai serta menyeronokan. Pembelajaran sepatutnya tidak membosan dan membebankan kita. Disebabkan prosesnya yang berterusan... kita sepatutnya cuba mencari ruang untuk belajar. Atur strategi pembelajaran kita dengan kemas dan teratur.

Belajar diibaratkan seperti membina struktur bangunan. Semuanya mesti bermula pada asas atau tapak, kemudian dibina bangunan dan struktur lain. Semakin lama semakin tinggi. Bagaimana bangunan dapat dibina jika struktur atau tapaknya tidak kuat. Satu proses kerja yang tersusun dan berterusan diperlukan bagi menyiapkan bangunan yang kukuh dan kuat. 



Begitu juga dengan belajar... jika anda belajar mengikut jadual yang ikut suka... sekejap ada sekejap tiada. Bagaimana anda hendak membina asas ilmu yang kukuh. Jangan hanya sibuk pada minggu peperiksaan sahaja kemudian belajar secara ikut suka.

 
 Tanpa perancangan yang rapi... diri akan merana.

 
Orang lain sedang sibuk membina bangunan dan asas yang kukuh... ada diantara kita memilih untuk memina bangunan pada saat-saat akhir. Tentunya bangunan yang bakal kita bina tidak sempurna. Belajar dan bersedialah dari awal agar keputusan yang kita perolehi lebih cemerlang. Peluang hanya sekali... kuatkan azam untuk skor A dalam kertas-kertas peperiksaan yang diambil.

Sehingga berjumpa lagi..
Cikgu Nordin.