Come With Hope, Back With Success."

Friday, September 30, 2011

PMR 2011

Selamat datang untuk semua pelawat dan calon-calon PMR2011. Mungkin ada yang tidak sabar-sabar hendak menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini. Abang One mengharapkan anda semua akan berjaya mencapai apa yang dihajati.

Pada kali ini, Abang One ingin berkongsi beberapa tips sebagai persediaan anda menjawab soalan Sains PMR yang akan datang. Apabila tarikh peperiksaan semakin hampir, cara belajar kita juga perlu berubah. Kita tidak boleh lagi belajar secara tidak bersistematik. Kita perlu tahu bahawa tumpuan kita tidak boleh kepada satu mata pelajaran sahaja. Oleh itu adalah perlu cara pembelajaran kita dilakukan sedikit perubahan. 

Perkara yang perlu dilakukan ketika hampir peperiksaan:
1-Membuat sebanyak mungkin latihan soalan-soalan percubaan negeri
2-Membuat analisa kekerapan soalan berdasarkan percubaan negeri
3-Menumpukan lebih perhatian kepada tajuk dan soalan popular
4-Berdoa dan bertawakkal


Bersama post kali ini, Abang One sertakan sekali tajuk-tajuk yang perlu diberi sedikit perhatian sebelum anda menduduki peperiksaan Sains PMR 2011:

Electricity
Matter
Heat
Growth
Frictional Force
Transformer
Digestion / Absorption
Solubility


Cuba anda dapatkan seberapa banyak soalan yang mungkin berkaitan setiap tajuk yang disenaraikan di atas. Untuk menjimatkan masa cari sahaja soalan-soalan setara yang terdapat di dalam soalan percubaan negeri-negeri. Tidak perlu jawab jika anda tiada masa, cukup sekadar membaca soalan, membaca jawapan dan memahaminya.

Abang One mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR 2011. Semoga anda mendapat keputusan yang diharapkan. Sekian.
Baca selengkapnya >>

Anda Mungkin Ingin Membaca :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...