Selamat datang kepada semua yang sudi hadir ke blog celiksains.blogspot.com/. Selamat menghadapi peperiksaan. Ketika demam peperiksaan sedang melanda di seluruh negara, cikgu harap anda semua menjaga kesihatan dan bijak mengatur masa belajar. Gunakan masa senggang di antara peperiksaan dengan sebaik mungkin untuk membuat ulangkaji di saat akhir.
Di kesempatan ini cikgu akan berikan sedikit panduan kepada semua calon SPM dalam mengharungi saat getir demam peperiksaan yang sedang melanda ketika ini. Pada masa ini semua strategi dan langkah terbaik perlu diambil agar anda berjaya mengharungi saat ini dengan bijak seterusnya berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang bagi setiap kertas yang diduduki.
1-Tidur dan rehat yang cukup
2-Jangan banyak makan makanan berlemak sebelum peperiksaan
3-Jangan datang lewat ke pusat peperiksaan
4-Dapatkan restu daripada ibubapa dan guru anda
5-Jangan percaya soalan target 100%
6-Jangan berbincang selepas habis sesuatu kertas. Fokus kertas berikutnya.
7-Sentiasa ingatkan diri tentang matlamat dan niat anda
8-Berdoa dan tawakkal kepada Yang Kuasa
Persediaan saat akhir sukar membuahkan hasil yang baik. Bagi calon yang mempunyai sasaran tinggi, ulangkaji mengikut keutamaan dan kesukaran kertas. Subjek dahulu perlu diberi keutamaan manakala subjek sukar perlukan masa ulangkaji yang lebih banyak. Semoga anda akan mendapat kejayaan yang cemerlang. jumpa lagi... Cikgu Nordin.