Come With Hope, Back With Success."

Sunday, April 22, 2012

Saintis Muda

Salam kepada semua pengunjung. Harap anda semua berada dalam keadaan yang baik. Pada kali ini kita akan melihat ciri-ciri seorang bakal saintis. Sesungguhnya ciri-ciri berkenaan sudah boleh diperhatikan ketika di bangku sekolah lagi. Jika anda mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di bawah ini... anda mungkin layak untuk digelar "Saintis Muda"..


1- Sangat minat matapelajaran sains dan kerap bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan mata pelajaran berkenaan ketika belajar di dalam kelas.


2-Suka menjalankan eksperimen. Suka mencuba eksperimen yang baru. Tidak takut dan tidak kekok semasa menjalankan eksperimen.


3-Minat membaca buku-buku sains dan sentiasa membaca buku-buku berkaitan sains.


4- Tidak pernah berputus asa, kecewa dan lemah semangat. Seorang yang berhati waja dan sentiasa ingin mencuba sesuatu perkara yang baru


5-Soalan-soalan sains dapat dijawab dengan mudah. Suka datang ke hadapan kelas dan kerap mengangkat tangan untuk menjawab soalan-soalan guru sains.


6-Sentiasa mendapat markah yang cemerlang bagi setiap ujian dan peperiksaan sains.


Adakah anda mempunyai ciri-ciri di atas?
Jumpa lagi...
Baca selengkapnya >>

Thursday, April 5, 2012

Cergas Minda

Salam dan bertemu lagi di ruang maya celiksains.blogspot.com/.
Terima kasih kepada semua pelawat yang sudi bertandang ke blog ini. Semoga anda mendapat sesuatu yang bermanfaat di sini.

Pada tahun lepas, Abang One telah terjumpa sebuah teka-teki berbentuk matematik di dalam sebuah blog. Abang One terlupa untuk mencatat nama blog berkenaan. Kemungkinan Ayies Life seperti yang tercatat di bawah ada kaitan. Terima kasih tidak terhingga kepada tuan blog yang bagi Abang One sangat kreatif dalam mencari soalan yang agak mencabar minda.

Ingin rasanya berkongsi dengan semua pelawat yang hadir. Moga-moga dapat menyegarkan sedikit minda kita yang tentunya jarang digunakan secara maksimum. Cuba selesaikan.. semoga anda berjaya..


Sehingga berjumpa lagi di lain masa. Terima kasih dan selamat mencuba.
Abang One..
Baca selengkapnya >>

Anda Mungkin Ingin Membaca :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...