Come With Hope, Back With Success."

Wednesday, November 16, 2011

Hentian Hujung Tahun

Tidak perlu percaya dengan soalan atau tajuk ramalan. Ini bukan tajuk ramalan. Anggaplah apa yang diterima ini sebagai latihan biasa bagi memperkukuhkan lagi pengetahuan kita bagi menghadapi peperiksaan. Sila dapatkan dan jawab soalan-soalan biasa seperti eksperimen dan pengetahuan bagi tajuk-tajuk di bawah. Anda boleh merujuk pada soalan-soalan ujian utama pertengahan tahun dan akhir tahun tingkatan 4 dan 5 sebagai rujukan. Soalan percubaan negeri-negeri juga boleh dijadikan rujukan. Di bawah ialah tajuk-tajuk yang boleh diberi penekanan. Mungkin anda ada tajuk-tajuk anda sendiri. Jangan lupa membuat latihan bagi soalan dan tajuk-tajuk yang lain juga.



Tekanan
Inertia
Variasi
Kelenjar endokrin
Ekperimen bakteria
Pengawetan makanan
Eksperimen logam
Radioaktif
Cahaya warna
Eksotermik, endotermik
Nutrisi
Atom, subatom



Burung juga perlu hinggap. Penghujung 2011, masa lelah berlabuh, bimbang dan risau. Rasanya Abang One sudah mencurahkan ilmu yang sebenarnya satu amanah kepada yang memerlukan. Tiada apa yang hendak disembunyikan. Sesungguhnya penghasilan blog celiksains ini adalah untuk membantu murid-murid tersayang dan mereka yang memerlukan. Bimbang jika apa yang diberi tidak diguna, apa yang ada dibiar leka, kecemerlangan yang diimpikan menjadi mimpi belaka. Keputusan SPM kertas 1511/1, 1511/2 dan PMR kertas 55/1, 55/2 kita sama-sama serah kepada-Nya.




Niat yang ikhlas, jujur tentu mendapat ganjaran dari-Nya. Sebagai manusia biasa kita perlu terus berusaha dalam mengejar kecemerlangan. Berputus asa bukan ciri mereka yang berhati waja. Abang One doakan anda semua berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2011.
Salam sayang,
Abang One

Anda Mungkin Ingin Membaca :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...