Come With Hope, Back With Success."

Saturday, July 30, 2011

Menjawab Soalan KPS10

Salam kepada semua pengunjung celiksains.blogspot.com/. Pada kesempatan kali ini, Abang One akan menerangkan cara-cara untuk menjawab soalan definisi secara operasi. Adik-adik boleh merujuk kod KPS iaitu KPS10. Cara dan teknik yang diterangkan di dalam blog ini boleh juga digunakan oleh adik-adik untuk menjawab soalan-soalan sains bagi PMR dan SPM.

Secara umumnya, acuan bagi membuat definisi secara operasi adalah seperti berikut:


Apa ditunjukkan oleh ....X..... BB

atau 

Apa ialah ......X....... BB


Apa yang dimaksudkan ialah soalan. X ialah penambahan kepada pembolehubah BB, manakala BB selalunya merujuk kepada pembolehubah bergerakbalas. Perlu diingat bahawa definisi secara operasi bukanlah satu definisi biasa atau sekadar memberi maksud secara ilmiah. Definisi yang diberikan perlu mengambarkan atau menunjukkan sesuatu proses yang berlaku.

Contoh 1:
Berikan definisi secara operasi bagi Sodium hydroxide.




Apa = Sodium hydroxide
BB= Bacaan termometer
X = peningkatan / pertambahan / kenaikan dan lain-lain yang sesuai

Definisi secara operasi :
Sodium hydroxide ditunjukkan oleh peningkatan suhu larutan kepada 30 darjah selsius
 atau
 Sodium hydroxide ialah peningkatan suhu larutan kepada 30 darjah selsius



Contoh 2:
Berikan definisi secara operasi bagi bahan Z.



  

Apa = Bahan Z
BB= Mengkonduksi elektrik
X = Bahan / campuran dan lain-lain yang sesuai


Definisi secara operasi :
Bahan Z ditunjukkan oleh bahan yang tidak mengalirkan arus elektrik di dalam keadaaan pepejal dan cecair
atau
Bahan Z ialah bahan yang tidak mengalirkan arus elektrik di dalam keadaaan pepejal dan cecair

Hingga berjumpa lagi.
Abang One

Anda Mungkin Ingin Membaca :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...