Come With Hope, Back With Success."

Sunday, July 31, 2011

Kuasai KPS04

Salam untuk semua pelawat dan calon-calon SPM serta PMR 2011. Post kali ini, Abang One akan menerangkan teknik menjawab soalan KPS04 iaitu membuat inferens.

Selalunya soalan  inferens didahului oleh soalan pemerhatian. Oleh sebab itu jika soalan pemerhatian berkenaan adalah dari jenis perbandingan, maka soalan inferens yang merujuknya juga mesti dalam bentuk perbezaan juga. Secara umumnya soalan inferens adalah mengikut acuan seperti berikut :


SOALAN + Kerana/sebab + JAWAPAN



Contoh 1
Di dalam sebuah rumah terdapat empat kipas yang di pasang secara bersiri. Ketika semua kipas sedang berpusing, kipas yang ke-3 berhenti dengan tiba-tiba. Nyakan inferens anda.


A) Antara kemungkinan sebab yang boleh berlaku ialah :
1-Kipas rosak
2-Wayar kipas putus

B) Manakala sebab berikut TIDAK diterima iaitu :
1-Tiada elektrik
2-Fius rosak
3-Suiz rosak
4-Kipas ditutup

C) Jawapan yang mengikut acuan ialah :
-Kipas ke-3 berhenti berpusing kerana kipas berkenaan telah rosak
-Kipas ke-3 berhenti berpusing kerana wayar kipas berkenaan telah putus
 



Contoh 2
Seorang bayi telah ditinggalkan oleh ibunya di ruang tamu seorang diri. Selepas beberapa ketika, bayi berkenaan telah menangis. Berikan inferens anda.

A) Antara kemungkinan sebab yang boleh berlaku ialah :
1-takut keseorangan
2-ternampak sesuatu yang menakutkannya
3-mahu minum susu
4-lapar
5-sakit

B) Manakala sebab berikut TIDAK diterima iaitu :
1-Bayi berkenaan suka menangis

C) Jawapan yang mengikut acuan ialah :
-Bayi perkenaan menagis kerana + kemungkinan 1
-Bayi perkenaan menagis kerana + kemungkinan 2
-Bayi perkenaan menagis kerana + kemungkinan 3
-Bayi perkenaan menagis kerana + kemungkinan 4
-Bayi perkenaan menagis kerana + kemungkinan 5 
  
Perlu diingat, inferens yang diberikan mestilah LOGIK dan berkaitan dengan soalan atau ransangan gambar yang diberikan di dalam soalan. Cari dan jawab soalan-soalan berkaitan inferens bagi menguatkan lagi pemahaman anda. Sebarang masalah boleh dikemukakan kepada Abang One.
Selamat belajar
Abang One.

Anda Mungkin Ingin Membaca :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...