Come With Hope, Back With Success."

Wednesday, April 13, 2011

SPM : KPS04

SPM : Kemahiran Membuat Inferens

Salam untuk semua pengunjung dan calon-calon SPM 2011.
Pada kali ini Abang One akan memaparkan satu soalan bagi menguji KPS iaitu kemahiran 04-Membuat inferens.

Sila perhatikan soalan di bawah dan buat rujukan berkaitan kemahiran membuat inferens di dalam post Abang One sebelum ini.


Q1. Rajah 2.1 dan 2.2 merupakan eksperimen bagi mengkaji tindak balas  eksotermik.
Nyatakan satu inferens bagi eksperimen di atas.

Berikut adalah sontoh jawapan calon.
1-Mengkaji tindakbalas eksotermik dengan sodium
2-Kehadiran bendasing menyebabkan suhu berubah
3-untuk menguji kesan sodium ke atas suhu
4-Untuk mengkaji kehadiran bendasing terhadap rod kaca
5-Jika air dicampur sodium suhu akan meningkat
6-Menyiasat hubungan suhu terhadap eksotermik
7-Suhu air meningkat disebabkan sodium
8-Eksperimen untuk mengkaji tindakbalas eksotermik
9-Larutan natrium mempengaruhi shu
10-Mengkaji tindakbalas sodium dalam air
11-Semakin banyak bendasing semakin tinggi suhu
12-Kerana campuran sodium
13-Perubahan suhu
14-Untuk mengkaji serbuk yang dicampur
15-Jika sodium dimasukan dalam air suhu akan meningkat

Ulasan Abang One
Hanya jawapan 7 yang lebih mirip kepada jawapan sebenar. Jawapan 5 masih tidak tepat kerana kenyataan "Suhu air meningkat disebabkan sodium" adalah berbentuk umum.

Jawapan 2-Kehadiran bendasing menyebabkan suhu berubah tidak boleh diterima kerana cara penulisan inferens yang tidak tepat dan maklumat yang umum. Jawapan 5 dan 15 lebih mirip kepada jawapan hipotesis.

Cara yang betul menulis inferens ialah dengan mengikut acuan di bawah :

............IS............ kerana / sebab ....SM......

IS: Isi soalan / Maklumat utama
SM: Sebab musabab dari IS


Jika diperhatikan dari acuan di atas jawapan yang mungkin timbul adalah seperti berikut :
Suhu air rajah 1.2 meningkat kerana / sebab ...................IN........................ ataupun penulisan yang berlawanan.


Jawapan-jawapan bentuk lain juga diterima sebagai jawapan betul dengan syarat jawapan berkenaan mempunyai dua keadaan iaitu soalan + sebab musabab. Sebenarnya cara penulisan inferens adalah pelbagai. Abang One memberikan acuan di atas agar calon-calon berpegang teguh kepada keperluan inferens itu sendiri. Dengan kata lain jika acuan ini diikuti, risiko untuk membuat kesalahan adalah cukup rendah manakala cara lain lebih mudah tersasar dari kehendak soalan.

Sekian untuk kali ini. Selamat belajar.
Abang One
Baca selengkapnya >>

SPM : KPS01

SPM : Kemahiran Membuat Pemerhatian

Salam untuk semua pengunjung dan calon-calon SPM 2011. Pada kali ini Abang One akan memaparkan satu soalan bagi menguji KPS iaitu kemahiran asas 01-Memerhati. Pemerhatian merupakan kemahiran pertama dan sudah semestinya ia merupakan kemahiran yang paling mudah. Malangnya, ramai calon-calon tidak menguasai kemahiran ini. Ramai yang gagal menjawab soalan ini dengan tepat.

Sila perhatikan soalan di bawah dan buat rujukan berkaitan kemahiran memerhati di dalam post Abang One sebelum ini.

Q1. Rajah 2.1 dan 2.2 merupakan eksperimen bagi mengkaji tindak balas  eksotermik.


   Q1.(a). Berdasarkan eksperimen, apakah pemerhatian anda tentang perubahan suhu ?
  
Berikut adalah beberapa jawapan Q1.(a) yang diberi calon.
1-Suhu cawan A lebih rendah berbanding cawan B
2-Suhu air pada rajah 1.2 meningkat lebih tinggi
3-Termometer air ialah 29.5 manakala termometer air sodium ialah 35.5
4-Sodium memberikan tindakbalas terhadap peningkatan suhu
5-Bacaan suhu meningkat
6-Suhu rajah 1.2 meningkat
7-Untuk mengkaji tindakbalas eksotermik
8-Apabila air dicampur dengan sodium suhu akan meningkat
9-Suhu meningkat apabila sodium diletak ke dalam air
10-Kehadiran bendasing adalah sodium
11-Suhu rajah 1.1 semakin menurun dan suhu 1.2 semakin meningkat
12-Air tulen ditunjukkan pada suhu 29.5 dc, air tidak tulen pada suhu 35.5
13-Suhu rajah 1.2 semakin meningkat berbanding suhu rajah 1.1 iaitu 35.5
14-Sodium meningkatkan perubahan suhu
15-Suhu rajah 1.2 lebih tinggi daripada suhu rajah 1.1
16-Rajah 1.2 telah dimasukkan sodium
17-Pada rajah 1.2 suhu meningkat

Ulasan Abang One
Contoh jawapan yang digariskan oleh Abang One adalah jawapan yang betul dan layak mendapat markah. Jawapan-jawapan lain yang tidak bergaris adalah jawapan yang salah dan ia jelas menunjukkan bahawa calon tidak menguasai cara menjawab soalan jenis pemerhatian.

Ada sesetengah calon menjawab soalan memerhati dalam bentuk soalan hipotesis, definisi secara operasi dan sebagainya. Abang One berharap, paparan kali ini akan dapat membantu calon-calon memperbaiki kelemahan dalam menjawab soalan ini.

Pelawat dan pengunjung celiksains boleh beinteraksi dengan abang One jika terdapat sebarang kemusykilan yang timbul berkaitan penerangan yang diberikan. Anda diminta mendaftarkan diri sebagai pengikut terlebih dahulu.

Sehingga berjumpa lagi...
Selamat belajar
Abang One
Baca selengkapnya >>

Anda Mungkin Ingin Membaca :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...